Friday, December 1, 2017
Membaca dan relajar dari apa yang dibaca - Roshan Thiran
Oleh ROSHAN THIRAN
roshan.thiran@gmail.com
Ramai orang bersetuju bahawa membaca adalah penting. Tetapi tidak ramai yang membaca dan belajar daripada bacaan mereka. Bagi saya pula, saya selalunya akan mencari pengajaran daripada setiap buku yang saya baca.
Salah satu sebab kenapa kita perlu belajar daripada bahan bacaan terkandung dalam kisah sebenar yang membabitkan kapal laut Titanic.
Apabila saya membaca kisah itu, saya tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi sekiranya pembina-pembina kapal dan orang ramai di Titanic membaca novel bertajuk Kemusnahan Kapal Titan (The Wreck of the Titan). Novel itu, yang diterbitkan pada 1898, adalah karya Morgan Robertson.
Ia adalah mengenai kapal laut Titan yang tenggelam di Atlantik Utara 14 tahun sebelum kejadian sebenar berlaku. Kemalangan itu terjadi apabila kapal laut Titan terlanggar sebuah aisberg. Kejadian dalam novel berkenaan mirip dengan tragedi yang melanda kapal penumpang RMS Titanic dalam kisah sebenar.
Beberapa kebetulan pelik antara fakta (Titanic) dan fiksyen (Titan) adalah seperti berikut:
· Surat khabar melaporkan bahawa Titanic “tidak boleh tenggelam” kerana ia direka sedemikian. Titan pula dikatakan tidak mungkin tenggelam dalam buku berkenaan.
· Terdapat 16 bot penyelamat di Titanic, kurang separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk 3000 orang penumpang dan anak-anak kapalnya. Titan pula cuma ada 24 bot penyelamat, kurang separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk kapasitinya seramai 3000 orang.
· Titanic terlanggar aisberg di sebelah sisi kanannya pada malam 14 April 1912 di Atlantik Utara, 400 batu nautika (740 km; 460 batu) dari Newfoundland. Titan juga terlanggar aisberg di sebelah sisi kanannya pada suatu malam April di Atlantik Utara, 400 batu nautika (740 km; 460 batu) dari Newfoundland (Terranova).
· Titanic, yang dikatakan tidak boleh tenggelam itu, tenggelam dan lebih separuh daripada 2200 penumpang dan anak kapalnya mati. Titan yang dikatakan tidak boleh musnah itu juga tenggelam, dan lebih separuh daripada 2500 penumpangnya mati lemas.
Kemiripan antara fiksyen dan fakta yang menakjubkan ini menekankan betapa penting dan perlunya kita membaca dan belajar daripada bahan-bahan yang kita baca.
Jadi, selamat membaca dan belajar!
Subscribe to:
Posts (Atom)