Education & Skills


  
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5


Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.


 Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
 Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
 Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
 Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)


SIJIL Setiausaha Eksekutif
Ditauliahkan oleh :
Kementerian Sumber Manusia & Jabatan Pembangunan Kemahiran
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - FB-025-3 : 2012
JPK RATING 2015 -  
            Utama Setiausaha Eksekutif
Setiausaha Eksekutif bekerja dalam persekitaran pejabat yang selesa dan bekerja dengan waktu pejabat yang normal.. Setiausaha Eksekutif biasanya bekerja dengan profesional yang lain dalam dunia korporat, firma atau institusi kerajaan dan perundangan. Mereka menjalankan tugas sokongan pentadbiran yang lebih sukar dan kompleks yang melibatkan pengetahuan yang menyeluruh mengenai dasar-dasar dan prosedur bagi kawasan kerja mereka tanpa memerlukan pemantauan pihak atasan yang maksimum.
Mereka diberikan tanggungjawab penting bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kesetiausahaan yang kompleks,sensitif, dan sulit dalam setiap tugas yang di amanahkan, serta sering dalam berada persekitaran yang pesat berubah. Mereka juga boleh mengetuai sebilangan kecil kakitangan dalam melaksanakan tugas teknikal bagi menyokong operasi yang ditugaskan.
Kod Kursus
:
FB-025-3
Badan Penganugerahan
:
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
Kaedah Pengajian
:
Sepenuh Masa, Separuh Masa, Perantisan (Sistem Latihan Dual Nasional), PPT (Penilaian Pencapaian Terdahulu).
Pembiayaan
:
Pinjaman Kerajaan dari PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) untuk rakyat Malaysia dan pembiayaan sendiri untuk pelajar Antarabangsa.



Struktur Kursus
Kursus Setiausaha Eksekutif adalah kursus latihan berasaskan kompetensi dengan kemasukan terus ke Tahap 3.

Laluan SKM Setiausaha Eksekutif
Tingkatan 4
(Lepasan PMR)

Setiausaha Eksekutif
Tahap 3

Tempoh Kursus
1 Tahun.
Akreditasi :
Kursus ini adalah diiktiraf kerajaan dan mempunyai pengiktirafan nasional. Badan Akreditasi adalah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Anugerah (Diploma dan Sijil) dikeluarkan oleh JPK dan diiktiraf oleh Perkhidmatan Awam Malaysia.

Syarat Kemasukan :
Berumur 16 hingga 45 tahun dan peringkat PMR (GCE "O" untuk pelajar antarabangsa).
Unit Kompetensi (Modul) :

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 - FB-025-3:2012
M01-FB-025-3
:
Pentadbiran Hopitaliti
M02-FB-025-3
:
Dokumentasi Pejabat
M03-FB-025-3
:
Pentadbiran Pemfailan
MO4-FB-O25-3
:
Pentadbiran Wang Tunai
M05-FB-025-3
:
Penyelarasan Acara dan Mesyuarat
M06-FB-025-3
:
Pengaturan Perjalanan
M07-FB-025-3
:
Pentadbiran Kerja Undang-undang (Elektif)


No comments:

Post a Comment